Resepi Kuih Cara inti Gula

Bahan-bahan Kuih Cara
1) 4 Helai daun pandan
2) 1 Cawan air masak
3) 1 Cawan santan
4) 2 Cawan tepung gandum
5) Secubit garam

6) 1 Helai daun pandan (simpulkan)
7) Gula untuk inti
8) Minyak untuk oleskan pada acuan
Kuih Cara


Cara Penyediaan bahan-bahan
1) Kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cawan air masak (suhu bilik)
2) Tapiskan air pandan, ke tepikan
3) Masukkan tepung gandum ke dalam pengisar, masukkan pati pandan dan kisar
4) Masukkkan santan dan kisar lagi.
5) Masukkan secubit garam
6) Bahan-bahan siap

Cara masak kuih

7) Acuan di letak atas dapur gas, panaskan acuan dengan mengunakan api yang perlahan
8) Oleskan minyak ke atas acuan dengan mengunakan daun pandan yg telah disimpul
9) Tuangkan bahan-bahan di atas ke dalam acuan
10) Masukkan sedikit gula sebagai inti
11) Tutup acuan dengan penutup periuk, biar tepung masak sempurna (sekejap sahaja)
12)  Angkat dengan mengunakan sudu.

Done! Makan panas panas sedap.



Comments